Assalamualaikum wbrt..
Hari ini merupakan hari yang saya dan sahabat-sahabat sentiasa sematkan dalam pemikiran iaitu tanggal 12 Rabiul Awal 1433H pada setiap tahun. Hari yang mengingatkan kita pada tarikh kelahiran kekasih Allah s.w.t iaitu nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Betapa baginda sangat menyayangi umatnya walaupun kita pada hari ini tidak berpeluang menatap wajah baginda. Sehinggakan malaikat sendiri menawarkan pelbagai jaminan bagi umat rasulullah s.a.w iaitu umat akhir zaman yang rajin berselawat ke atas baginda.Oleh yang demikian, salah satu cara yang jelas kita boleh mengingatinya adalah dengan berselawat ke atas baginda.
Kisah ini menjadi peringatan pada saya dan sahabat untuk kita sentiasa berselawat ke atas baginda. Kisah yang di petik dari http://www.geocities.com/mafia_1977/kisah2x/ceritadx.htm
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apabila kita berselawat ke atas baginda maka bertambahlah cinta kita pada baginda serta syafaat yang kita perolehi. Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Sahabat-sahabat ada jawapan masing-masing.
Sentiasalah kita amalkan amalan berselawat, semoga kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

No comments:
Post a Comment