Assalamualaikum wbrt..
Salam ukhwah kawan-kawan...mungkin post saya ni terlambat 6hari dari tarikh yang berkaitan dengan tajuk saya, iaitu Hari Kekasih atau dikenali namanya dalam bahasa Inggeris Valentine Days. Apa lah yang menarik sangat anak-anak muda-mudi menyambut perayaan yang terlarang dalam agama kita saya pun tak berapa tahu. Untuk pasangan yang kiranya sehati sejiwa sudah tentu menyambut perayaan ini tanpa menyelidiki kenapa perayaan ini disambut dan untuk siapa mereka menyambut, yang ada dalam pemikiran mereka adalah hari itu membolehkan mereka meluahkan perasaan masing-masing bahawa mereka saling mengasihi satu sama lain tanpa mengira batas pergaulan yang dihadkan oleh agama kita iaitu Agama Islam. Walaupun sudah acap kali ceramah ataupun program-program berkaitan isu-isu perayaan ini dilarang sama sekali disambut, tapi golongan ini seolah-olah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...entah-entah tidak diendahkan langsung.
Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit yang saya ketahui tentang perayaan ini. Pada masa itu, hari yang diraikan adalah untuk seorang paderi, Pop Valentine yang mati. Pada hemat mereka yang beragama Kristian mengagumi beliau kerana sanggup berkorban demi cinta. Tambahan lagi, tarikh ini berkaitan dengan kejatuhan agama Islam di Cordova dalam pemerintahan Bani Abassiyah. Kerajaan yang dahulunya masyur telah mengalami keatuhan disebabkan kuasa kafir Laknatullah.
Saya tidak tahu la bagaimana perasaan mereka yang menyambut perayaan ini. Saya akui dulu memang saya turut jahil tentang pengetahuan ini, tapi alhamdulillah Allah s.w.t memberikan petunjuk melalui kawan saya yang membawa kisah ini. Betapa bijaknya kafir Laknatullah yang mencari kelemahan umat Islam dengan meletakkan satu tarikh untuk pemuda pemudi mengikut naluri yang mengutamakan keseronokan dunia. Salah satu perkara ini yang mereka pasti mampu memporak-perandakan jiwa anak muda dan selajur merosakkan akidah mereka. Oleh itu, kita sangat-sangat dituntut supaya jangan terikut dengan ajaran agama selain dari agama Islam itu sendiri.
”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Pada pendapat saya, Islam ini adalah agama yang "syumul", dan sikap saling mengasihi sesama saudara baik laki ataupun perempuan memang sudah ada. Tapi bagi yang mempunyai perasaan luar biasa (cinta) sepatutnya meluahkan perasaan bukan dengan cara menyambut perayaan tertentu. Agama Islam telah memberi jalan yang terbaik kepada kita iaitu jika lelaki berminat dengan seorang wanita, dia perlulah melalui keluarganya untuk menikahi wanita tersebut. Alangkah baiknya jika sesuatu hubungan itu halal dengan keberkatan dan mendapat rahmat olehNYA, dengan itu kehidupan lebih sempurna belandaskan Agama Islam. Walaubagaimanapun, kita perlu meletakkan CINTA kita padaNYA melebihi cinta kita sesama manusia. Hanya dengan itu kita dapat merasai segala yang kita lakukan adalah keranaNYA...
Wallahua'lam....